Saturday 17 May 2014

Kita

Dah sekian lama tidak di update blog ni.

Macam-macam dah berubah. 

  1. Ramai yang tinggalkan, ramai juga yang datang. Yang patah tumbuh yang hilang berganti. Eceh!
  2. SPM. What's there to explain.
  3. Maahad dah maju, dah 'botak'.
  4. Kita dah tua. Mati dekat sangat tu.
  5. Makin rapat. Alhamdulillah
  6. Maahad, in the palm of our hands. Especially MTs.
  7. Makin menjadi-jadi. Jadi apa? Well, it depends on you.
 Clock is ticking. Time flies away. We'll face a harder life~ (ok teringat lagu Ainul) 
Kita bakal tinggalkan Maahad. Mungkin dulu kita nak sangat habis sekolah.

Tapi sekarang, aku takut. 
Aku takut dengan apa yang ada kat luar sana. 
Aku takut aku rindu sangat kat Maahad, sampai nak jadi Form 6 kat sini. (Eh, takkan sampai macam tu sekali?) 

So, jom kita tinggalkan Maahad dengan jejak yang berbekas dalam hati-hati warga Maahad.

Jejak yang indah.

Bak kata Baz (kot?) "Kita usaha sekarang mungkin tak nampak hasilnya sekarang. Tapi, mungkin hasilnya lepas kita tinggalkan Maahad suatu hari nanti".

SPM pun SPM jugak, tapi jangan lupa dengan orang di sekeliling kita.

When we grow up, we have to face the people, not the papers!

Kita mula dari...

SEKARANG!

Saturday 30 November 2013

Mereka.


Bismillahrrahmanirrahim. Okay. Now, i want to share the moments in 2013. Memandangkan ini sudah masuk 1 Disember 2013. Eh, yeke? ok. pape je.

First of all, i'm really appologise as ONE OF THE user of this blog. Maaf laaaaaama sangat tak update. Macam2 kekangan yg i kena hadapi u olls. Ceh. Gedik kbai. First sebab dulu2 tetiba macam LUPA email ngn p/w. Kalau lupa, cane pulak nk log in kan? Hahahahah. Ok. Pastu. Memandangkan dulu i TERSANGATLAH RAKUS kerana ada banyak sangat akaun such as facebook, twitter, myspace, ymail, ym, tumblr, and ada 2 blog, ha..nampak tak keraskusannya itu? Tak tambah lagi friendster and akaun ape ntah lagi. Haha. Ok. Bising betul aku ni.

And, tetiba hari ni rasa macam nak customize blog ni is sebab hari ni kat rumah aku pakai baju batch kita tuuu.. Tetiba terdetik nak tgk kat http://www.puteri97mn.blogspot.com ni. hahaha. Sumpa tak terurus. Kesian.

Maaf bloggie, i'm too focus on my blog until you're disobeyed.

Ok. BI aku jgn comment kay?

Nak story sepanjang tahun ni MEMANG banyak sangat MOMENT MOMENT momentum ok senyap. Moment yang bermemori. Hah. Apebende aku ni.

Pada awal tahun 2013,masing2 mua berkata...

Aku tak nak pindah. Aku sayang korang. Tapi kalau aku dapat tawaran tu macam mana ....
Ah. Senyap ah sape yg cakap centu. Aku tembak kang.


But, aku tak marah. Saje emo. Cenggggg. Excell kat mn yg dahulunya RAMAI kini kian berkurangan.
Tahun ni MN ada berapa aku tak ingat sebab aku bukan KB. Haha kbai. Tapi, aku ingat la muka2 kawan2 aku.

Wey, kata ganda aku. Hancuss.



Btw, MT bagi tahun ni is...

KB: Wan Nur Adlina aka alin 
PKB: Raja Nur Syahirah Syafiqah aka king/munk
BEND: Siti Nur Hidayah aka dayah gendut

Em.. tu je kot awl tahun yg aku igt la. haha maaf kepada MT2 yg lain :D Lagi.. Pe lagi eh.

HA!!!! 
Moment yg pakat ramai2 pindah tu.

Wey, hati aku terkoyak rabak macam kaki gajah tau. Alhamdulillah kita ni berukhuwwah kerana Allah. Takdela aku menyesal sangat. Hahaha


Nak dikatakan ramai la gak yg pindah. Pastu memang time2 tu, hujan banjir kilat petir la kat maahad. 



3 Tahun BERSAMA kot. Takkan tak sedih. Lagi2 aku. CEHHH.

Erm.. dan setiap yg pergi, mesti Allah kasi yg terbaik untuk kita kan?

Ada orang lain pula yang MASUK :)

Aku tak kata mereka2 ini adalah pengganti buat mereka yang pergi tu, etapi, mereka ini ibarat rakan baru. Ok, seenarnya dah tak tau nak type apa. hhaaaaaaaaaaaaaaa wateva ah.

memandangkan princess excell yang kat MN ni tiap2 tahun berubah, ada yg pergi KL, ada yang duduk LUAR, so, macam cecampo sikit lahh post ni. K, tak faham kan? Takpe, aslkan aku sorg faham. 


 Ok. Maybe ni je kot. Untuk para ghuraba' yg baru2 kat MN ni, nnti i prkenalkan. Kami semua always open untuk yg baru2 ni. Serious tak tipu :) Welcome to our handsome princess batch. Hapebende aku ni. Dah la. Lelama cam merepek tau. Okbai Semua. Salam alaik. :D


Le me,
zxcvbnm

Saturday 20 October 2012

Dah Habis!

 Wah~! Dah berhabuk dah blog ni. Uhuk, uhuk! Entah ada ke tak orang tahu tentang kewujudan blog ni lagi.

So, since kita dah free sedikit sekarang ni (PMR kan dah habis, hoho), update-lah blog yang entah berapa kurun tak dibuka. Pengasas blog ni, Arina, pun entah tahu ke tak blog ni masih ada. As another author of this blog, I felt honoured (ceh!) to revive this blog.

 So, nak tulis apa? Aku pun tak tahu sebenarnya. Just nak beri nasihat sedikit walaupun diri ini tidak seberapa sempurna. Alang-alang dah free ni, janganlah dibazirkan begitu sahaja. Result tak keluar lagi, so, kita still kena bertawakkal, solat hajat, qiamullail and the list goes on.

 Doakan kita semua 9A! Insya-Allah! Amin~

P/S: Looking forward to tonight's jamuan and....Legoland!

Sunday 20 November 2011

Mengapa Permpuan Menangis?

Suatu hari, seorang anak bertanya kepada ibunya, “Ibu, mengapa ibu menangis?”

Ibunya menjawab, “Sebab ibu adalah perempuan, nak.”

“Saya tidak mengerti ibu,” kata si anak.

Ibunya hanya tersenyum dan memeluknya erat. “Nak, kau memang tak akan mengerti”

Kemudian si anak bertanya kepada ayahnya. “Ayah, mengapa ibu menangis?”

“Ibumu menangis tanpa sebab yang jelas,” sang ayah menjawab.

“Semua perempuan memang sering menangis tanpa alasan.”
Si anak membesar menjadi remaja, dan dia tetap terus bertanya-tanya, mengapa perempuan menangis? Hingga pada suatu malam, dia bermimpi dan bertanya kepada Tuhan, “Ya Allah, mengapa perempuan mudah menangis?”

Dalam mimpinya dia merasa seolah-olah mendengar jawapannya:

“Saat Ku ciptakan wanita, Aku membuatnya menjadi sangat utama.
Kuciptakan bahunya, agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya, walaupun juga bahu itu harus cukup nyaman dan lembut untuk menahan kepala bayi yang sedang tertidur.

“Kuberikan wanita kekuatan untuk dapat melahirkan bayi dari rahimnya, walau kerap berulangkali menerima cerca dari si bayi itu apabila dia telah membesar.

“Kuberikan keperkasaan yang akan membuatnya tetap bertahan, pantang menyerah saat semua orang sudah putus asa.

“Ku berikan kesabaran jiwa untuk merawat keluarganya walau dia sendiri letih, walau sakit, walau penat, tanpa berkeluh kesah.

“Kuberikan wanita perasaan peka dan kasih sayang untuk mencintai semua anaknya dalam apa jua keadaan dan situasi. Walau acapkali anak-anaknya itu melukai perasaan dan hatinya. Perasaan ini pula yang akan memberikan kehangatan pada anak- anak yang mengantuk menahan lelap. Sentuhan inilah yang akan memberikan kenyamanan saat didakap dengan lembut olehnya.

“Kuberikan wanita kekuatan untuk membimbing suaminya melalui masa-masa sukar dan menjadi pelindung baginya.
Sebab bukankah tulang rusuk yang melindungi setiap hati dan jantung agar tak terkoyak..?

“Kuberikan kepadanya kebijaksanaan dan kemampuan untuk memberikan pengertian dan menyedarkan bahawa suami yang baik adalah yang tidak pernah melukai isterinya. Walau seringkali pula kebijaksanaan itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada suami agar tetap berdiri sejajar, saling melengkapi dan saling menyayangi.

“Dan akhirnya, Kuberikan wanita air mata, agar dapat mencurahkan perasaannya. Inilah yang khusus kepada wanita, agar dapat dia gunakan bila-bila masa pun dia inginkan. Ini bukan kelemahan bagi wanita, kerana sebenarnya air mata ini adalah “air mata kehidupan.”

sumber: tentangcinta.com